Microsoft Office (PowerPoint) Dan Advokasi Sesi 1

6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Oktober 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Microsoft Office (PowerPoint) dan advokasi Sesi 1 di PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kelas ini diadakan untuk mebantu dalam mengajar adik Dessy dan NurQaseh membuat perbentangan menggunakan Microsoft Office PowerPoint.Adik Dessy dan NuQaseh diminta membuat satu perbentangan bahasa melayu dan bahasa English oleh guru mereka di sekolah. Dengan menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Internet, Dessy dan NurQaseh berpeluang melayari internet untuk mencari sumber maklumat berkaitan dengan kerja mereka.

Kelas ini berlangsung selama 4 jam bermula dari pukul 8:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari. Sebelum bermulanya kelas, mereka berdua terlebih dahulu diberikan penerangan secara ringkas cara menggunakan Microsoft Office PowerPoint dan taklimat advokasi sebagai aktiviti sampingan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali